TEMPAT MENARIK
Tempat Menarik di Melaka
Tempat Menarik di Melaka – #dontmesswithmelaka sudah menjadi
semakin trending. Apa tidaknya, sememangnya negeri Melaka adalah salah satu
daripada negeri yang paling menarik untuk dikunjungi di Malaysia kerana nilai
sejarahnya dan juga kerana adanya pelbagai tarikan pelancongan lain. Apa yang
lebih membanggakan, negeri Melaka telahpun diisytiharkan sebagai Bandar Warisan
Dunia oleh UNESCO kerana nilai universalnya.
Nak tahu apa yang menarik di Melaka? Mari lihat senarai 20
tempat best untuk dilawati apabila anda berkunjung ke sini!
Tips: Link untuk lokasi akan membawa anda terus ke Google
Maps supaya senang untuk anda navigatebila dah sampai Melaka nanti. Jadi,
jangan lupa bookmark page ni ya!
Pantai Klebang
Pantai Klebang adalah salah satu daripada pantai-pantai yang
ada di Melaka. Namun begitu, oleh kerana lokasinya yang lebih strategik iaitu
lebih dekat dengan bandar Melaka dan lebih accessible, secara tidak langsung ia
menjadi pantai yang paling popular di sini.
Di Pantai Klebang ini juga, terdapat satu lokasi unik iaitu
kawasan “padang pasir” yang sedikit tersorok. Anda boleh melayari Instagram dan
cari hashtag-hashtag seperti #melakadesert. Bila dah tengok, pasti anda faham
kenapa ramai yang suka berkunjung ke sini.
Walaupun lokasinya agak tersembunyi, anda tidak perlu risau
kerana sentiasa ramai orang di sini. Yang datang buat wedding photoshoot pun
ramai. Jika anda pergi bergambar di sini, akan ada kenderaan 4X4 yang boleh
membawa anda dari tempat parking ke kawasan ini dengan caj RM3.00 seorang untuk
sehala- saya dah cuba jalan kaki pergi dan balik. Habis lencun, basah ketiak
Abam. Selepas belajar dari kesilapan (dapat penat, terpaksa kejar masa dan
konon-konon nak bergambar stylo tapi last-last cuma dapat gambar muka
berminyak), kali kedua pergi baru saya menurunkan ego dan naik 4X4. Best wooo!
Untuk tujuan keselamatan, anda akan diarahkan untuk
meninggalkan kawasan ini selepas jam 7:00 petang.
Lokasi: Pantai Klebang
Muzium Kapal Selam
Kapal selam yang terdapat di muzium ini adalah FS Ouessant
Agosta 70. Ia digunakan untuk tujuan latihan oleh kru Kelas Perdana Menteri
TLDM. Dahulunya, kapal selam ini adalah kepunyaan Tentera Laut Perancis dan
telah dibeli oleh kerajaan Malaysia. Ia diserahkan kepada kerajaan negeri
Melaka secara rasmi pada 4 Mac 2012, dan kemudiannya dijadikan sebuah muzium.
Selepas membeli tiket masuk, anda akan diberikan akses untuk
meneroka bahagian dalam kapal selam. Sepertimana yang biasanya ditayangkan di
wayang gambar, bahagian dalaman kapal selam adalah agak sempit. Anda boleh
melayari laman web Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) untuk maklumat lanjut.
Lokasi: Dataran 1 Malaysia Klebang
Waktu operasi:
Hari biasa: 9:00 pagi – 5:30 petang
Hujung minggu: 9:00 pagi – 6:30 petang
Kos:
Dewasa: RM 3.00
Kanak-kanak: RM1.00
The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower adalah bangunan yang tertinggi di Melaka
dengan ketinggian 42 tingkat iaitu 153m! Di sini juga terdapat kafe iaitu the
Sky Deli Restaurant untuk menjamu selera (tempat best, harga pun “best” juga la
ya) sambil menikmati pemandangan yang memukau ini.
Selain itu, terdapat akuarium yang penuh dengan ikan koi dan
yang paling menarik, satu platform kaca lutsinar telah dibina untuk membolehkan
pengunjung menguji keberanian. Saya admit cuak sikit la bila berdiri kat situ.
Anda bebas mengambil selfie, wefie, theyfie dan apa-apa yang seangkatan
dengannya ketika berada di sini. Tetapi, anda tidak dibenarkan untuk mengambil
gambar menggunakan kamera sendiri ketika berada di platform kaca tadi, kerana
sudah ada kamera yang disediakan. Nak tangkap tu free, cuma bila nak print yang
kena bayar. Apa-apa pun, ia adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang
patut dikunjungi waktu malam.
Sila layari laman web rasmi The Shore Sky Tower untuk
maklumat terkini.
Lokasi: The Shore, Malacca River
Waktu Operasi: 10:00 pagi ke 10:00 malam
Kos:
Dewasa: RM25 sekali masuk
Kanak-kanak: RM18 sekali masuk
Rumah Terbalik
Jom merasa jadi Spiderman yop! Upside Down House ini adalah
salah satu lokasi yang harus dilawati, terutamanya buat kaki Instagram. Di sini
anda akan mendapat satu pengalaman unik yang dihasilkan dengan memanipulasi
kedudukan perabot dan barangan di dalam rumah. Benda yang sepatutnya ada kat
lantai, dilekatkannya di siling, dan begitulah sebaliknya. Oh ya, staf di sini
juga sangat peramah dan tak kisah untuk tolong ambil gambar.
Lokasi: Jalan PM7, Plaza Mahkota
Waktu Operasi: 10:00 pagi ke 7:00 malam
Kos:
Warganegara (tapi jangan lupa bawak MyKad):
Dewasa: RM15
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM10
Bukan Warganegara:
Dewasa: RM20
Kanak-kanak bawah 12 tahun: RM16
Masjid Kampung Hulu
Masjid Kampung Hulu adalah salah satu daripada tempat
menarik di Melaka kerana ia masjid tertua di Malaysia. Masjid yang dibina dalam
lingkungan tahun 1720 ke 1728 ini telah dibaikpulih untuk memulihara
senibinanya yang asal. Kepada mereka yang mahir tentang architecture, anda
boleh perhatikan senibina masjid ini yang unik, kerana bak kata brader-brader
urban, ada “mash-up” di antara elemen Sumatera, Cina, Hindu & juga Melayu
Melaka.
Sambil berjalan-jalan, bolehlah singgah solat, kan?
Lokasi: Jalan Kampung Hulu
Kota A Famosa
Kota A Famosa adalah sebuat kubu Portugis yang dibina pada
tahun 1511 sewaktu Afonso de Albuquerque tiba di negeri Melaka bersama-sama
angkatannya. Kota A Famosa merupakan senibina Eropah yang tertua yang masih
wujud di Asia Tenggara. Sebenarnya, kubu ini lebih besar. Namun begitu, bahagian-bahagian
lain telah diruntuhkan pada tahun 1807 dan hanya Porta de Santiago, iaitu
sebuah gate house yang kecil masih teguh berdiri.
Di samping mempelajari tentang sejarah negeri Melaka, kota A
Famosa adalah lokasi yang paling simbolik bagi negeri Melaka. Tak sah kalau tak
bergambar di sini apabila datang ke Melaka tau!
Lokasi: Bandar Melaka (berdekatan Dataran Pahlawan &
Hotel Equitorial)
Melaka River Cruise
Melaka River Cruise, Tempat Menarik di Melaka
Jom bersiar-siar di sepanjang Sungai Melaka dengan menaiki
bot! Sungai yang mengalir merentasi bandar Melaka ini membolehkan anda
menikmati pemandangan bangunan-bangunan warisan, gudang-gudang lama, gereja
& juga kawasan perkampungan.
Anda boleh menaiki River Cruise ini di jeti Muara. Dari jeti
Muara, anda akan dibawa sehingga ke jeti Taman Rempah dan anda akan berpatah
balik ke jeti Muara. Oh ya, River Cruise ini juga beroperasi pada waktu malam.
Saya pernah cuba siang dan malam tengok yang mana lagi best, dan obviously
kerana cuaca panas di waktu siang dan bila malam ada lampu lip-lap sana-sini,
River Cruise adalah salah satu tempat menarik di Melaka yang patut dikunjungi
pada waktu malam.
Lokasi: Jalan Merdeka, bandar Melaka (berdekatan Muzium
Samudera)
Waktu Operasi: 9:00 pagi ke 11:30 malam
Kos:
Warganegara
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM5.00
Bukan Warganegara
Dewasa: RM15.00
Kanak-kanak: RM7.00
Sewa satu bot
Warganegara: RM400
Bukan warganegara: RM600
The Stadthuys
The Stadthuys pada suatu masa dahulu adalah sebuah dewan
bandaran sewaktu pemerintahan Belanda di negeri Melaka. Ia juga merupakan salah
satu daripada monumen simbolik bagi negeri Melaka – ramai yang mengenalinya sebagai
“bangunan merah kat Melaka tu”. Ini adalah salah satu lokasi yang tak pernah
putus dengan kehadiran pelancong yang ingin bergambar sebagai tanda kenangan.
Kalau anda berminat, kat depan ni pun banyak beca- Beca Elsa Frozen pun ada!
Lokasi: Jalan Gereja, Bandar Melaka
Kos: (Hanya jika anda ingin masuk ke dalam Kompleks
Stadthuys), caj dikenakan adalah:
Warganegara (sertakan MyKad):
Dewasa: RM5.00
Kanak-kanak: RM2.00
Bukan warganegara:
Dewasa: RM10.00
Kanak-kanak: RM4.00
*Dengan membeli tiket, anda juga akan mendapat akses ke
Muzium Pemerintahan Demokrasi, Muzium Pendidikan, Muzium Tuan Yang Terutama,
Muzium Pendidikan & Galeri Laksamana Cheng Ho.
Baba & Nyonya Heritage Museum
Baba Nyonya Heritage Museum, Muzium Warisan Baba Nyonya,
Tempat Menarik di Melaka
Kenali warisan peranakan Bab & Nyonya sejak lewat abad
ke-19 sehingga ke awal abad ke-20 dengan lebih dekat di muzium ini. Ianya
adalah sebuah bangunan gabungan 3 lot teres milik keluarga Chan pada tahun
1861. Rumah ini telah pun didiami 4 generasi sebelum dijadikan sebagai muzium
pada tahun 1985. Di dalam rumah ini, anda akan dapat melihat pelbagai barangan
dan design rumah yang mencerminkan budaya Baba Nyonya di Melaka.
Sila layari laman web rasmi Baba Nyonya Heritage Museum
untuk maklumat lanjut.
Lokasi: Jalan Tun Tan Cheng Lock, Bandar Melaka
Waktu operasi:
Hari biasa:
10:00 pagi – 1:00 tengahari (lawatan terakhir jam 12:00
tengahari)
2:00 petang – 5:00 petang
(lawatan terakhir jam 4:00 petang)
Untuk hujung minggu (Jumaat, Sabtu & Ahad), lawatan
terakhir ialah pada jam 5:00 petang
Kos:
Dewasa: RM16.00
Kanak-kanak (5-12 tahun) RM11.00
Masjid Selat
Tempat Menarik
di MelakaKalau di Terengganu, ada masjid Kristal & masjid terapung.
Melaka pun apa kurangnya! Masjid Selat
adalah salah satu daripada lokasi yang perlu ada di dalam travelling checklist
anda. Masjid yang dibina berdasarkan elemen Melayu & Timur Tengah ini akan
kelihatan seakan-akan terapung di atas air, terutamanya ketika air pasang.
Lepak sekejap di sini sambil tunggu sunset dan solat Maghrib pun best juga.
Lokasi: Pulau Melaka, bandar Melaka
Jonker Walk
Jonker Street, Tempat Menarik di Melaka
Jangan lupa pada member-member yang dah kirim itu-ini masa
anda beritahu mereka yang anda akan bercuti di Melaka! Jonker Walk adalah salah
satu lokasi tarikan utama di Melaka kerana di sini, terdapat pelbagai barangan
dijual pada harga yang berpatutan. Kalau setakat souvenir tu, memang melambak
lah! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah bila anda bercuti di Melaka.
Lokasi: Jalan Hang Jebat, Bandar Melaka
Kos: Terpulang kepada bajet 2017 anda. 🙂
Masjid Kampung Kling
Masjid Kampung Kling, Tempat Menarik di Melaka
Negeri Melaka penuh dengan monumen warisan. Salah satu
daripada monumen tersebut adalah Masjid Kampung Kling yang tlah dibina seawal
tahun 1748. Masjid unik ini menggabungkan pelbagai elemen di dalam
pembinaannya, seperti fusion di antara timur dan barat. Jadi, anda bolehlah ke
sini jika berkesempatan.
Lokasi: Jalan Hang Jebat (berdekatan Jonker Street)
Menara Taming Sari
Jom menaiki Menara Taming Sari! Menara berketinggian 80m ini
menawarkan pemandangan indah sekitar bandar Melaka. Dari atas, anda akan dapat
melihat sehingga ke selat Melaka. Selain itu, anda juga boleh bermian Mini
Rider 3D & Italian Bumper Car di sini.
Sila layari laman web rasmi Menara Taming Sari untuk
maklumat lanjut.
Lokasi: Jalan Merdeka, Bandar Melaka (berdekatan Dataran
Pahlawan)
Kos:
Dewasa: RM20.00
Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM10.00
Pelajar: RM17.00 (bukan warganegara) / RM10.00 (warganegara)
Zoo Melaka
Jom tengok haiwan comel-comel di Zoo Melaka! Zoo ini adalah
zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo ini menjadi rumah keapa
lebih 1200 haiwan daripada 215 spesies yang pelbagai. Zoo Melaka mempunyai
pelbagai tarikan yang tersendiri. Ia juga merupakan zoo pertama yang
menempatkan badak Sumatra yang diancam kepupusan. Selain itu, terdapat juga
spesies-spesies lain yang menjadi tarikan pengunjung, seperti gajah Asia, kuda
liar, harimau Malaya dan sebagainya.
Harimau Malaya Zoo Melaka, Tempat Menarik di Melaka
Suasana di dalam zoo ini juga adalah nyaman kerana terdapat
tumbuh-tumbuhan ditanam untuk mewujudkan suasana seakan-akan kawasan hidupan
liar di hutan hujan tropika yang sebenar. Terdapat juga tumbuh-tumbuhan dan
pokok-pokok eksotik yang ditanam di sekitar zoo ini.
Zoo Melaka adalah salah satu daripada tempat menarik di
Melaka untuk kanak kanak terutamanya, kerana mereka dapat melihat
spesies-spesies hidupan liar dengan lebih dekat. Oleh kerana kawasan zoo yang
luas, kemudahan seperti tram (yang macam kereta api tu) juga disediakan untuk
kemudahan pengunjung di sini dengan harga serendah RM2.00 sahaja.
Lokasi: Ayer Keroh (berhampiran plaza tol PLUS Ayer Keroh)
Waktu operasi:
Zoo waktu biasa: 9:00 pagi – 6:00 petang (tiket terakhir jam
5:30 petang)
Night Safari: 8:00 malam – 11:00 malam (tiket terakhir jam
10:30 malam)
Kos:
Warganegara
Warga emas: RM7.10
Dewasa (umur 13-59): RM17.80
Kanak-kanak (umur 4-12): RM7.10
OKU: RM7.10
Bukan Warganegara
Dewasa (umur 13-59): RM23.70
Kanak-kanak (umur 4-12): RM17.80
*Anda boleh mendapatkan informasi lengkap & terkini di
laman web rasmi Zoo Melaka.
Taman Rama-Rama & Reptilia
Taman Rama-Rama & Reptilia Melaka ini menempatkan lebih
20 spesies rama-rama di samping haiwan reptilia dan beberapa spesies lain untuk
tatapan pengunjung. Taman yang dibina di atas tanah berkeluasan 11 ekar ini
mempunyai beberapa tema, iaitu Buterfly Aviary, Reptile Walk, Wild Photo Lane
dan juga Koi Garden.
Sila kunjungi laman web rasmi Taman Rama-Rama & Reptilia
Melaka untuk maklumat lanjut.
Lokasi: Ayer Keroh
Waktu Operasi: 8:30 pagi ke 5:30 petang setiap hari
Kos:
Dewasa : RM22.00
Kanak-kanak : RM16.00
Taman Buaya
Taman Buaya Melaka yang mula dibuka pada tahun 1987 ini
telah menjadi rumah kepada lebih 100 spesies buaya seperti American alligator,
Indian marsh mugger crocodile & spectacled caiman – tapi buaya darat tidak tersenarai
di sini. Buaya-buaya di sini ditempatkan di dalam sangkar khas yang menyerupai
keadaan habitiat asalnya. Selain itu, terdapat juga tarikan-tarikan lain di
sini, seperti Malaysia in Miniature, Reptile Corner, Walkthrough Aviary, dan
Mammal House.
Jika anda ingin menyaksikan pertunjukan buaya, ia hanya
diadakan pada setiap hari Sabtu, Ahad, waktu cuti sekolah & cuti am sahaja
bermula jam 11:30 pagi sehingga jam 2:30 petang. Sila kunjungi laman web rasmi
Taman Buaya Melaka untuk info terkini.
Lokasi: Ayer Keroh (berhampiran McDonalds Lebuh Ayer Keroh)
Kos:
Hari biasa
Dewasa: M15.00
Kanak-Kanak: RM12.00
Hujung Minggu & Cuti Sekolah
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM17.00
Harga Tiket Rumah Hantu (Dewasa & Kanak-Kanak): RM3.00
Harga Tiket Keretapi Raksasa (Dewasa &
Kanak-Kanak): RM3.00
Melaka Wonderland Theme Park & Resort
Melaka Wonderland, Tempat Menarik di Melaka
Melaka Wonderland Theme Park & Resort adalah salah satu
daripada tempat menarik di Melaka untuk kanak-kanak. Taman tema ini mempunyai
pelbagai tarikan, seperti water slides, Lazy cum Crazy Pool, Adventure Island,
1 Big Wave Pool dan banyak lagi! Tempat ini juga dikelilingi hutan semulajadi
yang berkeluasan 360 hektar. Oleh itu, ia adalah satu lokasi yang sangat sesuai
untuk dikunjungi terutamanya ketika musim panas. Lepas basah kuyup berseronok
ketika bermain air, anda bolehlah bersiar-siar sambil menikmati suasana hutan
di sini.
Lokasi: Ayer Keroh
Waktu Operasi: 9:00 pagi ke 7:00 malam
Kos: Layari laman web rasmi Melaka Wonderland untuk maklumat
caj terkini
Australia Village @ Masbro Village
Australia Village, Masbro Village, Tempat Menarik di Melaka
Selain daripada Bustel, Masbro Village adalah salah satu
daripada lokasi penginapan ala homestay yang sangat unik di Melaka. Senibinanya
yang luar biasa iaitu berbentuk segitiga diilihamkan daripada pondok-pondok
tepi pantai di Australia – sebab itulah ia mendapat nama gelaran “Australia
Village”. Jadi, No wonder lah tempat ini menjadi viral dan tersenarai sebagai
salah satu tempat menarik di Melaka, bukan?
Setiap rumah homestay boleh memuatkan 4 ke 6 orang dewasa.
Homestay ini mempuyai 2 tingkat, yang mana terdapat 1 sofa bed di tingkat bawah
manakala 2 katil queen size pula disediakan di tingkat atas. Ia juga dilengkapi
ruang tamu, ruang makan, perabot seperti kerusi sofa & TV, penghawa dingin,
2 bilik air berserta water heater, dan kelengkapan dapur. Nak parking kereta
pun tak ada masalah kerana lokasinya yang strategik, dan homestay ini juga
berpagar. Walaupun ia terletak lebih kurang 7km daripada bandar Melaka, bagi
saya tetap worth it dengan pengalaman menginap di sini.
Lokasi: Taman Paya Rumput Indah (tepi jalan lebuh AMJ,
berdekatan traffic light TESCO Cheng)
Kos: RM280/unit/malam
A’ Famosa Resort
A'Famosa Resort, Tempat Menarik di MelakaSiapa yang tidak
tahu A’ Famosa Resort! Apa yang ada di sini? Macam-macam hado! Kalau anda masuk
ke dalam, A’Famosa Resort ni dah macam satu bandar. Pernah sekali saya bersama
keluarga berkunjung ke Melaka pada hujung minggu dan lepak-lepak di dalam
resort ni sahaja – itu pun tidak sempat mencuba semua aktiviti di sini. Di sini
terdapat Safari Wonderland (part paling best bagi saya adalah naik gajah),
Water Theme Park, Cowboy Town, dan anda juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti
lain yang menarik seperti memanah, menaiki go-kart, menunggang kuda, bermain
paint ball, paintball dan banyak lagi!
Penginapan pun ada banyak pilihan. Anda boleh pilih sama ada
ingin menginap di resort hotel, kondominium yang dijadikan hotel (maka apabila
ia bergabung, meletup seperti lagu Adam & Stacy, terjadilah “condotel“),
rumah banglo mahupun villa. Terdapat ramai pelancong dari dalam & luar
negara yang berkunjung ke sini untuk beristirehat dan meluangkan masa bersama
keluarga.
Lokasi: Alor Gajah
Kos: Sila klik di sini untuk maklumat lengkap & terkini
di laman web rasmi A’Famosa Resort.
Bonus: Freeport A’Famosa Outlet – Tempat Menarik di Melaka
baru!
FAO, Freeport A'Famosa Outlet, Melaka Premium
Outlet, MPO, Tempat
Menarik di Melaka
Bermula tahun 2016, Freeport A’Famosa Outlet (FAO) telah
dibuka untuk pelancong membeli-belah. Konsepnya sama seperti Johor Premium
Outlet yang terlebih dahulu dibuka. Terdapat pelbagai brandmenarik untuk
dipilih, seperti Sacoor, G2000, Nike, Puma, Under Armour, Kickers, Focus Point,
Melinda Looi dan banyak lagi! Harga-harga yang ditawarkan pun sememangnya
berbaloi-baloi. Kat sini la saya beli kasut futsal Puma dengan harga RM79.00!
Jadi, jika anda mencari tempat menarik di Melaka untuk shopping sakan, kat sini
la tempatnya!
Sila layari laman web rasmi Freeport A’Famosa Outlet untuk
maklumat lanjut.
Lokasi: Alor Gajah (sekiranya anda datang daripada Simpang
Ampat, anda akan menjumpai FAO sebelum pintu masuk ke A’Famosa Resort.
Tempat Makan Best di Melaka 2017
Apa kata pelancong luar negara tentang tempat menarik di
Melaka? Jom tonton video ini!
Tempat-Tempat Menarik Lain Untuk Dikunjungi di Melaka
Kalau anda rasa 20 (+1 bonus) tempat menarik di Melaka yang
disenaraikan ini tidak cukup – mana tahu, just in case anda bercuti selama
seminggu, ataupun anda sudah jatuh cinta dan membuat keputusan muktamad untuk
bepindah ke Melaka Pindah (pun
intended), maka anda bolehlah berkunjung ke banyak lagi tempat menarik di
Melaka untuk dilawati seperti berikut:
Dataran Keris Alor Gajah
Dataran Pahlawan
Desa Balqis, Kuala Linggi
Dusun D’Paradise
Independence Monument Museum
Kampung Mortem
Kincir Air Kesultanan Melayu Melaka
Kota Belanda di Bukit St John
Malaqa House
Magic Art 3D Museum
Melaka Alive
Melaka Street Art
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park
Muzium Lebah Sedunia
Pantai Puteri
Pantai Tanjung Bidara
Pantai Pengkalan Balak
Pantai Padang Kemunting
Pantai Klebang
Perigi Hang Li Po
Planetarium
Straits Chinese Jewelry Museum
Sungai Melaka
Taman Burung
Taman Botanikal
The Hut, Serkam
The Li Chi Mao Art Museum
Toy Museum Melaka
Villa Sentosa
Wildlife Theatre
